real estate menu left
real estate menu right
Laman Sekolah


Email - Ahli MGBTS

 

 

Undian

Perkhidmatan MGBTS
 
Banner
MGBTS - Sepintas Lalu
   

En. Doraisamy , President MGBT

Portal Majlis Guru Besar Sekolah Tamil Negeri Selangor (www.mgbt.org) ialah suatu usaha murni daripada MGBT Negeri Selangor untuk semua warga sekolah Tamil di Selangor. Komuniti Web sekolah-sekolah Tamil di Selangor ini akan disenaraikan dibawah Portal MGBT disamping mempunyai laman web sendiri di atas nama sekolah .

   
 

Di bawah program ini, kesemua 97 sekolah Tamil di Selangor akan dilengkapi dengan kemudahan ICT seperti laman web sekolah, alamat email untuk guru dan murid-murid, dan juga system-eLearning

Portal MGBT ini akan menyenaraikan pautan kesemua laman web 97 sekolah Tamil yang mengambil bahagian. Portal ini bertujuan untuk pemberian dan penerimaan informasi diantara sekolah-sekolah Tamil dengan lebih cepat dan berkesan disamping mengeratkan lagi komunikasi diantara sekolah-sekolah Tamil dengan masyarakat. Pelaksanaan projek ini juga merupakan sebahagian dari usaha pihak MGBT menjadikan semua sekolah Tamil di Malaysia sebagai sekolah bestari dan menerapkan kepentingan ICT dalam bidang pendidikan dan pentadbiran.

Menerusi laman web sekolah, maklumat boleh disebarkan secara lebih berkesan kepada pelajar, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat luar disamping menjadi suatu paparan maklumat yang meliputi segala aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah. Selain itu, laman web mewakili sekolah Tamil ini juga dapat mencerminkan imej professional sekolah Tamil kepada dunia luar.

     
 

Panel Penasihat

En.Baskaran - Penasihat MGBT


 En.Vallikannan - Penasihat MGBTS
 

Sumbangan

MALIDEX SDN. BHD


 

feed-image Feed Entries


Powered by Joomla!. Designed by: top web hosts vps Valid XHTML and CSS.